PENGURUSAN AMANAH
Masalah yang wujud
Ada keperluan di mana masyarakat tidak mahu harta pusaka mereka terus diagih kepada waris-waris mengikut Hukum Faraid selepas kematian mereka.
Antara sebab kepada keadaan ini ialah
Waris-waris mereka masih di bawah umur 18 tahun
Jika berlaku kematian dan waris-waris di bawah umur ini berhak ke atas satu amaun pusaka yang besar atau harta pusaka yang bernilai tinggi, ada kemungkinan pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah dari kalangan individu akan menyalahgunakan amaun atau harta pusaka tersebut.
Waris kurang berdisiplin
Dibimbangi waris-warisnya kurang berdisiplin dalam menguruskan amaun pusaka yang banyak atau harta pusaka yang bernilai tinggi. Ada kebarangkalian waris-waris boros berbelanja menyebabkan harta pusaka yang diterima habis digunakan atau dijual di dalam masa yang singkat sahaja.
waris yang terdiri dari golongan OKU
Terdapat waris-waris yang terdiri dari golongan OKU. Mereka juga layak menerima harta pusaka dan dibimbangi pemegang amanah harta bagi waris OKU ini akan menyalahgunakan harta pusaka yang sepatutnya milik OKU ini.
Harta tidak diagih-agihkan sebaiknya
Pemilik harta mahukan sebahagian dari hartanya tidak diagih-agihkan sebaliknya diuruskan secara professional dan kolektif untuk menjana pendapatan dan dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.
Masyarakat sentiasa berkeperluan untuk harta-harta mereka dipegang secara amanah oleh organisasi profesional bagi tujuan tertentu.
Memerlukan nasihat bagaimana anda boleh merancang harta anda mengikut kaedah Syariah ?
Solusi perkhidmatan yang diberikan

Wasiyyah Shoppe Berhad ialah sebuah syarikat amanah patuh syariah yang didaftarkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kuasa sebagai Pemegang Amanah untuk memegang apa-apa harta secara amanah ( hold on trust ) bagi pihak benefisiari seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Pemegang Amanah 1949.
Masyarakat boleh melantik Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Pemegang Amanah ( Trustee ) harta mereka sama ada harta alih atau harta tidak alih ( hartanah ) bagi diuruskan mengikut kaedah tertentu seperti yang mereka kehendaki melalui Surat Ikatan Amanah ( Trust Deed ). Harta yang telah diletakkan sebagai Amanah ini tidak tertakluk kepada harta pusaka dan tidak perlu diagih kepada waris mengikut Hukum Faraid. Harta ini akan diagih dan diurus sepenuhnya mengikut kehendak Pelanggan seperti di dalam Surat Ikatan Amanah.
Harta yang boleh dipegang secara amanah oleh Wasiyyah Shoppe Berhad bagi tujuan perkhidmatan Amanah ialah

Wang tunai yang diserah milik
Wang tunai yang diserah milik kepada Wasiyyah Shoppe Berhad sekarang ketika pelanggan masih hidup.

Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB )
Akaun pelaburan yang diurus oleh Amanah Saham Nasional Berhad ( ASNB ).

Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai Pemegang Amanah.
Saham syarikat yang mana Wasiyyah Shoppe Berhad telah dilantik sebagai Pemegang Amanah.

Central Depository System
Pelaburan saham di dalam akaun CDS ( Central Depository System ).

HARTANAH YANG TIDAK BERCAGAR
Hartanah yang tidak mempunyai cagaran ( unencumbered properties )
Bagaimana ingin mendapatkan maklumat mengenai servis kami? Sila tekan butang
Bar Pautan
Utama
Mengenai Kami
Servis
Isu Terkini
Perunding
Hubungi Kami
WASIYYAH SHOPPE
Mengenai Wasiyyah
Ahli Lembaga Pengarah
Jawatan Kuasa Penasihat
Pasukan Wasiyyah Shoppe
Sosial Media
Hubungi Kami
A-G-07, Dataran Cascades,
No. 13A, Jalan PJU 5/1,
Kota Damansara PJU 5,
47810 Petaling Jaya, Selangor
Careline: +603-7625 1123
General: +603-7625 1125